Program Orientasi Akademik DIA

Program orientasi.........

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Wednesday, February 23, 2011

Diploma Perakaunan

Pengenalan Kursus 

Diploma In Accountancy (DIA) merupakan program diploma yang pertama yang diperkenalkan oleh KPM sejak tahun 1998. Program DIA bertujuan melahirkan para pelajar yang berkemahiran dalam bidang perakaunan dan kewangan. Program ini juga dapat membantu melahirkan tenaga profesional di kalangan pelajar Bumiputera dalam memperlengkapkan diri untuk sama-sama bersaing dalam membantu negara mencapai wawasan 2020.

Prospek Kerja

Lepasan program ini boleh menjawat jawatan-jawatan sama ada di sektor awam mahupun swasta seperti :
  • Pembantu Akautan
  • Pembantu Juru Audit
  • Pembantu Percukaian
Subjek Teras

  • Perakaunan 1 hingga 5
  • Matematik dan Statistik
  • Pengenalan kepada perniagaan
  • Prinsip Pengurusan
  • Ekonomi Mikro dan Makro
  • Keusahawanan
  • Audit
  • Percukaian
  • Pengurusan Kewangan
  • Sistem Maklumat Perakaunan
  • Undang-undang Komersial & Syarikat
  • Teori dan Amalan Perakaunan
  • Pengurusan Perakaunan
  • Perakaunan Kos

Akreditasi/ Pengiktirafan 

Tempoh Pengajian : 3 tahun
Bahasa Penghantar : Bahasa Inggeris (kecuali Pendidikan Islam dan kursus wajib MQA)

Kemudahan

Elaun Pelatih : Elaun pelatih akan dipertimbangkan bagi mereka yang layak dengan kadar bulanan seperti berikut:
  • Program Persedian (PIP) : RM200
  • Program Diploma            : RM265
Kemudahan asrama disediakan

Yuran Pengajian

Yuran Pengajian dibiyai sepenuhya oleh MARA. Bayaran minima bagi urusan pendaftaran dan yang berkaitan dikenakan kepada setiap pelajar.

Syarat kemasukan
  • Bumiputera
  • Warganegara Malaysia
  • SPM/ SPMV/ setaraf dengannya dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam subjek
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Mana-mana 1 subjek lain
    • Dan Lulus Matematik
Atau
  • Lulus sebahagian dalam 2 subjek di peringkat STPM/setaraf dengannya serta kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPMV
Atau
  • Lulus Program Intensif Persedian(PIP) dengan mendapat gred lulus bagi semua subjek.

Objektif, visi, misi & nilai bersama kolej

Objektif, visi dan misi Kolej Profesional MARA Bandar Penawar

Bagi menyahut cabaran Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak untuk melahirkan golongan profesional yang mempunyai sahsiah,jati diri dan berdaya saing yang tinggi, pihak KPMBP telah menetapkan objektif operasi, visi, misi serta nilai bersama (share value) kolej.

Objektif operasi
  • Tiada pelajar yang gagal dalam program Preparatory Intensive Program (PIP)
  • Semua pelajar mesti mendapat TPNG sekurang-kurangnya 2.00 dalam setiap peperiksaan semester.
  • Sebanyak 5% mendapat MOPA iaitu TPNG 3.75 ke atas dan 10% mendapat COPA iaitu PNG 3.50 ke atas.
  • Kehadiran ke kelas 100%.
  • Meminimumkan jumlah pelajar yang dikenakan tindakan disiplin.
  • Tidak kurang daripada 5% pelajar menceburi bidang keusahawanan selepas menamatkan pengajian di KPMBP.
  • Mendapat tempat (sekurang-kurangnya tempat ketiga) dalam semua pertandingan ko-kurikulum.
  • Melibatkan diri dengan program kemasyarakatan di dalam dan luar negara.
  • Mengamalkan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Sentiasa Amal) dalam pengurusan pentadbiran.
  • Mengurus peruntukan kewangan dengan berhemah, sistematik dan terkawal.
Visi
To be a leading and prominent entrepreneurial business college

Misi
To produce enterprising human capital in facing global challenges

Nilai bersama (Shared Values)

T - Teamwork
A - Assertive
J  - Jihad
R - Righteous
- Innovative
C - Committed

latar belakang kolej profesional bandar penawar

Kolej Profesional MARA Bandar Penawar (KPMBP) , Kota Tinggi, Johor Darul Takzim bernaung di bawah Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA. Lokasi KPM Bandar Penawar ialah di Lot 8277 Mukim Tanjung Surat, Bandar Penawar, Kota Tinggi, berhampiran dengan Pusat Percutian Desaru. Pembinaan kolej di atas sebidang tanah seluas 25 ekar ini bermula pada Mei 2003 dan telah berjaya disiapkan pada awal 2008.

KPMBP menawarkan dua program diploma dan satu program pra-diploma. Program diploma yang ditawarkan ialah Diploma Perakaunan (DIA) dan Diploma Pengurusan Logistik (DLM). Program DLM hanya ditawarkan di KPM ini manakala program DIA ditawarkan juga di kampus Indera Mahkota, Pahang dan Beranang, Selangor. Manakala program pra-diploma pula ialah Program Persediaan Intensif (PIP). Kemasukan pelajar sulung ialah pada ambilan Julai-Disember 2008 seramai 250 orang.

Kolej ini telah mula beroperasi pada 17 Mac 2008 apabila kumpulan pentadbiran kolej yang pertama melapor diri. Mereka terdiri daripada Pengarah Kolej; En.M.Razalan bin M. Razali, Timbalan Pengarah Hal-Ehwal Akademik; En. Hussin bin Omar dan Timbalan Pengarah Hal-Ehwal Pelajar; En. Azlan b. Osman. Seramai 4 kakitangan akademik pula mula melapor diri pada 5 Mei 2008. Mereka terdiri daripada seorang Pegawai Ko-Kurikulum, 2 orang pensyarah Bahasa Inggeris dan seorang pensyarah Pengurusan Perniagaan. Prasarana yang disediakan di KPM Bandar Penawar ini agak baik dari segi akademik, hal ehwal pelajar dan pentadbiran. KPM Bandar Penawar mempunyai 2 dewan kuliah, 29 unit kelas, 4 makmal komputer dan 5 bilik pensyarah yang dilengkapi dengan kemudahan capaian internet. Kemudahan-kemudahan lain terdiri daripada Perpustakaan, Dewan Besar, Surau, Wisma Pelajar dan kafeteria.

Bagi kemudahan penginapan pelajar pula, 4 blok asrama telah disediakan iaitu 2 blok masing-masing dikhaskan untuk pelajar lelaki dan perempuan yang mempunyai kapasiti 768 pelajar. Terdapat juga gimnasium dan juga gelanggang-gelanggang sukan seperti tenis, bola jaring, sepaktakraw dan sebuah padang bola sepak. Prasarana untuk kakitangan juga disediakan. Terdapat tiga unit rumah untuk Pengarah dan Timbalan pengarah. Manakala 50 unit pangsapuri disediakan untuk para pensyarah, 12 unit untuk kakitangan pentadbiran dan 4 unit rumah warden

Selamat Datang

Selamat mengunjungi blog Jabatan Perakaunan Kolej Profesional MARA Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor.