Program Orientasi Akademik DIA

Program orientasi.........

Wednesday, July 6, 2011

Selamat Datang kepada Semua Pelajar Baru Sesi Julai 2011

Pada 5 Julai 2011 telah diadakan sesi pendaftaran bagi pelajar-pelajar baru sesi Julai-Disember 2011. Kami, warga Jabatan Perakaunan KPM Bandar Penawar mengucapkan Selamat Datang ke Kolej Profesional MARA Bandar Penawar, Johor kepada semua pelajar baru. Seramai 105 pelajar Diploma in Accountancy (DIA), 66 pelajar Diploma in Logistic Management (DLM) dan 180 pelajar Preparatory Intensive Program (PIP) telah mendaftarkan diri di Kolej ini. Semoga anda semua mendapat manfaat dari semua warga KPM Bandar Penawar dan selamat menjalani sesi Minggu Haluan Siswa...

Friday, July 1, 2011

Selamat Kembali Bertugas

Selamat kembali bertugas kepada semua pensyarah-pensyarah khususnya pensyarah-pensyarah perakaunan yang baru pulang dari menghadiri kursus FRS dan Diploma Pendidikan. Semoga semester ini bertambah baik dari semester-semester yang lepas. Ame...

Thursday, May 12, 2011

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester

Peperiksaan Akhir Semester bagi sesi Januari-Jun 2011 telah bermula pada 3 Mei 2011 sehingga 23 Mei 2011. Diharap pelajar-pelajar dapat membuat persediaan rapi untuk menghadapi Peperiksaan Akhir ini. Semoga berjaya dengan cemerlang. Ameen. Kepada pensyarah-pensyarah, selamat menanda kertas jawapan peperiksaan akhir ini. Good Luck and All The Best...

Pengiktirafan MQA untuk program-program di KPM Bandar Penawar

Melalui surat MQA 04/16 Jld. 20(10)(21) bertarikh 14 April, 2011, MQA telah memperakukan kedua-dua program berikut berkuatkuasa pada 23-08-2010. MQA/FA0223 - Diploma in AccountancyMQA/FA0224 - Diploma in Integrated Logistics Management ...

Thursday, March 10, 2011

Minggu Perakaunan KPM Bandar Penawar 2011

Alhamdulillah pada tanggal 23-25 Febuari 2011 yang lalu Jabatan Perakaunan Kolej Profesional MARA Bandar Penawar telah menganjurkan program minggu perakaunan yang merupakan program tahunan Jabatan Perakauan yang bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar jurusan perakaunan khususnya, dan pelajar lain amnya untuk: Meningkatkan pengetahuan dalam bidang perakaunan. Mengeratkan silaturrahim antara pelajar baru dan pelajar senior serta pensyarah-pensyarah perakaunan. Meningkatkan motivasi pelajar untuk menjadi seorang akauntan yang berjaya kelak melalui taklimat LCCI (London Chamber of Commerce and Industry) dan Ceramah Motivasi bertajuk “Mahasiswa...

Wednesday, February 23, 2011

Diploma Perakaunan

Pengenalan Kursus  Diploma In Accountancy (DIA) merupakan program diploma yang pertama yang diperkenalkan oleh KPM sejak tahun 1998. Program DIA bertujuan melahirkan para pelajar yang berkemahiran dalam bidang perakaunan dan kewangan. Program ini juga dapat membantu melahirkan tenaga profesional di kalangan pelajar Bumiputera dalam memperlengkapkan diri untuk sama-sama bersaing dalam membantu negara mencapai wawasan 2020. Prospek Kerja Lepasan program ini boleh menjawat jawatan-jawatan sama ada di sektor awam mahupun swasta seperti : Pembantu Akautan Pembantu Juru Audit Pembantu Percukaian Subjek Teras Perakaunan 1 hingga 5 Matematik...

Objektif, visi, misi & nilai bersama kolej

Objektif, visi dan misi Kolej Profesional MARA Bandar Penawar Bagi menyahut cabaran Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak untuk melahirkan golongan profesional yang mempunyai sahsiah,jati diri dan berdaya saing yang tinggi, pihak KPMBP telah menetapkan objektif operasi, visi, misi serta nilai bersama (share value) kolej. Objektif operasi Tiada pelajar yang gagal dalam program Preparatory Intensive Program (PIP) Semua pelajar mesti mendapat TPNG sekurang-kurangnya 2.00 dalam setiap peperiksaan semester. Sebanyak 5% mendapat MOPA iaitu TPNG 3.75 ke atas dan 10% mendapat COPA iaitu PNG 3.50 ke atas. Kehadiran ke kelas...

latar belakang kolej profesional bandar penawar

Kolej Profesional MARA Bandar Penawar (KPMBP) , Kota Tinggi, Johor Darul Takzim bernaung di bawah Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA. Lokasi KPM Bandar Penawar ialah di Lot 8277 Mukim Tanjung Surat, Bandar Penawar, Kota Tinggi, berhampiran dengan Pusat Percutian Desaru. Pembinaan kolej di atas sebidang tanah seluas 25 ekar ini bermula pada Mei 2003 dan telah berjaya disiapkan pada awal 2008. KPMBP menawarkan dua program diploma dan satu program pra-diploma. Program diploma yang ditawarkan ialah Diploma Perakaunan (DIA) dan Diploma Pengurusan Logistik (DLM). Program DLM hanya ditawarkan di KPM ini manakala program DIA ditawarkan juga di...

Selamat Datang

Selamat mengunjungi blog Jabatan Perakaunan Kolej Profesional MARA Bandar Penawar, Kota Tinggi Joh...

Pages 3123 »