This is default featured post 2 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
This is default featured post 3 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
This is default featured post 4 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
This is default featured post 5 title

Wednesday, July 6, 2011
Selamat Datang kepada Semua Pelajar Baru Sesi Julai 2011
Friday, July 1, 2011
Selamat Kembali Bertugas
Thursday, May 12, 2011
Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester
Diharap pelajar-pelajar dapat membuat persediaan rapi untuk menghadapi Peperiksaan Akhir ini. Semoga berjaya dengan cemerlang. Ameen.
Kepada pensyarah-pensyarah, selamat menanda kertas jawapan peperiksaan akhir ini.
Good Luck and All The Best!!!
Pengiktirafan MQA untuk program-program di KPM Bandar Penawar
Thursday, March 10, 2011
Minggu Perakaunan KPM Bandar Penawar 2011
- Meningkatkan pengetahuan dalam bidang perakaunan.
- Mengeratkan silaturrahim antara pelajar baru dan pelajar senior serta pensyarah-pensyarah perakaunan.
- Meningkatkan motivasi pelajar untuk menjadi seorang akauntan yang berjaya kelak melalui taklimat LCCI (London Chamber of Commerce and Industry) dan Ceramah Motivasi bertajuk “Mahasiswa Cemerlang Pencetus Tranformasi”
- Mendedahkan kepada pelajar tentang kepentingan aspek kerohanian dalam mencapai kecemerlangan akademik
- Pameran maklumat perakaunan
- Ceramah Motivasi oleh Profesor Dr. Hj Muhd. Kamil Ibrahim (Penulis Buku Travelog Haji)
- Taklimat dari pihak CIMA
- Cabaran Catur Bistari
- Kuiz Perakaunan
Gambar sekitar program
Galeri gambar boleh dilihat di Fanpage Jabatan Perakaunan KPM Bandar Penawar!
Wednesday, February 23, 2011
Diploma Perakaunan
Diploma In Accountancy (DIA) merupakan program diploma yang pertama yang diperkenalkan oleh KPM sejak tahun 1998. Program DIA bertujuan melahirkan para pelajar yang berkemahiran dalam bidang perakaunan dan kewangan. Program ini juga dapat membantu melahirkan tenaga profesional di kalangan pelajar Bumiputera dalam memperlengkapkan diri untuk sama-sama bersaing dalam membantu negara mencapai wawasan 2020.
Prospek Kerja
Lepasan program ini boleh menjawat jawatan-jawatan sama ada di sektor awam mahupun swasta seperti :
- Pembantu Akautan
- Pembantu Juru Audit
- Pembantu Percukaian
- Perakaunan 1 hingga 5
- Matematik dan Statistik
- Pengenalan kepada perniagaan
- Prinsip Pengurusan
- Ekonomi Mikro dan Makro
- Keusahawanan
- Audit
- Percukaian
- Pengurusan Kewangan
- Sistem Maklumat Perakaunan
- Undang-undang Komersial & Syarikat
- Teori dan Amalan Perakaunan
- Pengurusan Perakaunan
- Perakaunan Kos
Akreditasi/ Pengiktirafan
Tempoh Pengajian : 3 tahun
Bahasa Penghantar : Bahasa Inggeris (kecuali Pendidikan Islam dan kursus wajib MQA)
Kemudahan
Elaun Pelatih : Elaun pelatih akan dipertimbangkan bagi mereka yang layak dengan kadar bulanan seperti berikut:
- Program Persedian (PIP) : RM200
- Program Diploma : RM265
Yuran Pengajian
Yuran Pengajian dibiyai sepenuhya oleh MARA. Bayaran minima bagi urusan pendaftaran dan yang berkaitan dikenakan kepada setiap pelajar.
Syarat kemasukan
- Bumiputera
- Warganegara Malaysia
- SPM/ SPMV/ setaraf dengannya dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam subjek
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Mana-mana 1 subjek lain
- Dan Lulus Matematik
- Lulus sebahagian dalam 2 subjek di peringkat STPM/setaraf dengannya serta kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPMV
- Lulus Program Intensif Persedian(PIP) dengan mendapat gred lulus bagi semua subjek.
Objektif, visi, misi & nilai bersama kolej
Objektif, visi dan misi Kolej Profesional MARA Bandar Penawar
Bagi menyahut cabaran Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak untuk melahirkan golongan profesional yang mempunyai sahsiah,jati diri dan berdaya saing yang tinggi, pihak KPMBP telah menetapkan objektif operasi, visi, misi serta nilai bersama (share value) kolej.
Objektif operasi
- Tiada pelajar yang gagal dalam program Preparatory Intensive Program (PIP)
- Semua pelajar mesti mendapat TPNG sekurang-kurangnya 2.00 dalam setiap peperiksaan semester.
- Sebanyak 5% mendapat MOPA iaitu TPNG 3.75 ke atas dan 10% mendapat COPA iaitu PNG 3.50 ke atas.
- Kehadiran ke kelas 100%.
- Meminimumkan jumlah pelajar yang dikenakan tindakan disiplin.
- Tidak kurang daripada 5% pelajar menceburi bidang keusahawanan selepas menamatkan pengajian di KPMBP.
- Mendapat tempat (sekurang-kurangnya tempat ketiga) dalam semua pertandingan ko-kurikulum.
- Melibatkan diri dengan program kemasyarakatan di dalam dan luar negara.
- Mengamalkan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Sentiasa Amal) dalam pengurusan pentadbiran.
- Mengurus peruntukan kewangan dengan berhemah, sistematik dan terkawal.
Misi
Nilai bersama (Shared Values)
T - Teamwork
A - Assertive
J - Jihad
R - Righteous
I - Innovative
C - Committed
latar belakang kolej profesional bandar penawar
KPMBP menawarkan dua program diploma dan satu program pra-diploma. Program diploma yang ditawarkan ialah Diploma Perakaunan (DIA) dan Diploma Pengurusan Logistik (DLM). Program DLM hanya ditawarkan di KPM ini manakala program DIA ditawarkan juga di kampus Indera Mahkota, Pahang dan Beranang, Selangor. Manakala program pra-diploma pula ialah Program Persediaan Intensif (PIP). Kemasukan pelajar sulung ialah pada ambilan Julai-Disember 2008 seramai 250 orang.
Kolej ini telah mula beroperasi pada 17 Mac 2008 apabila kumpulan pentadbiran kolej yang pertama melapor diri. Mereka terdiri daripada Pengarah Kolej; En.M.Razalan bin M. Razali, Timbalan Pengarah Hal-Ehwal Akademik; En. Hussin bin Omar dan Timbalan Pengarah Hal-Ehwal Pelajar; En. Azlan b. Osman. Seramai 4 kakitangan akademik pula mula melapor diri pada 5 Mei 2008. Mereka terdiri daripada seorang Pegawai Ko-Kurikulum, 2 orang pensyarah Bahasa Inggeris dan seorang pensyarah Pengurusan Perniagaan. Prasarana yang disediakan di KPM Bandar Penawar ini agak baik dari segi akademik, hal ehwal pelajar dan pentadbiran. KPM Bandar Penawar mempunyai 2 dewan kuliah, 29 unit kelas, 4 makmal komputer dan 5 bilik pensyarah yang dilengkapi dengan kemudahan capaian internet. Kemudahan-kemudahan lain terdiri daripada Perpustakaan, Dewan Besar, Surau, Wisma Pelajar dan kafeteria.
Bagi kemudahan penginapan pelajar pula, 4 blok asrama telah disediakan iaitu 2 blok masing-masing dikhaskan untuk pelajar lelaki dan perempuan yang mempunyai kapasiti 768 pelajar. Terdapat juga gimnasium dan juga gelanggang-gelanggang sukan seperti tenis, bola jaring, sepaktakraw dan sebuah padang bola sepak. Prasarana untuk kakitangan juga disediakan. Terdapat tiga unit rumah untuk Pengarah dan Timbalan pengarah. Manakala 50 unit pangsapuri disediakan untuk para pensyarah, 12 unit untuk kakitangan pentadbiran dan 4 unit rumah warden
Selamat Datang