Thursday, March 10, 2011

Minggu Perakaunan KPM Bandar Penawar 2011

Alhamdulillah pada tanggal 23-25 Febuari 2011 yang lalu Jabatan Perakaunan Kolej Profesional MARA Bandar Penawar telah menganjurkan program minggu perakaunan yang merupakan program tahunan Jabatan Perakauan yang bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar jurusan perakaunan khususnya, dan pelajar lain amnya untuk:

  1. Meningkatkan pengetahuan dalam bidang perakaunan.
  2. Mengeratkan silaturrahim antara pelajar baru dan pelajar senior serta pensyarah-pensyarah perakaunan.
  3. Meningkatkan motivasi pelajar untuk menjadi seorang akauntan yang berjaya kelak melalui taklimat LCCI (London Chamber of Commerce and Industry) dan Ceramah Motivasi bertajuk “Mahasiswa Cemerlang Pencetus Tranformasi”
  4. Mendedahkan kepada pelajar tentang kepentingan aspek kerohanian dalam mencapai kecemerlangan akademik
Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah:

  • Pameran maklumat perakaunan
  • Ceramah Motivasi oleh Profesor Dr. Hj Muhd. Kamil Ibrahim (Penulis Buku Travelog Haji)
  • Taklimat dari pihak CIMA 
  • Cabaran Catur Bistari
  • Kuiz Perakaunan
Diharap program ini dapat melahirkan graduan yang seimbang dari aspek rohani dan jasmani serta sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan dan cabaran sepanjang tempoh pembelajarannya di KPM Bandar Penawar.

Gambar sekitar program




Galeri gambar boleh dilihat di Fanpage Jabatan Perakaunan KPM Bandar Penawar!
















0 comments:

Post a Comment