Program Orientasi Akademik DIA

Program orientasi.........

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Thursday, May 12, 2011

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester

Peperiksaan Akhir Semester bagi sesi Januari-Jun 2011 telah bermula pada 3 Mei 2011 sehingga 23 Mei 2011.

Diharap pelajar-pelajar dapat membuat persediaan rapi untuk menghadapi Peperiksaan Akhir ini. Semoga berjaya dengan cemerlang. Ameen.

Kepada pensyarah-pensyarah, selamat menanda kertas jawapan peperiksaan akhir ini.

Good Luck and All The Best!!!

Pengiktirafan MQA untuk program-program di KPM Bandar Penawar

Melalui surat MQA 04/16 Jld. 20(10)(21) bertarikh 14 April, 2011, MQA telah memperakukan kedua-dua program berikut berkuatkuasa pada 23-08-2010.

MQA/FA0223 - Diploma in Accountancy
MQA/FA0224 - Diploma in Integrated Logistics Management 

Thursday, March 10, 2011

Minggu Perakaunan KPM Bandar Penawar 2011

Alhamdulillah pada tanggal 23-25 Febuari 2011 yang lalu Jabatan Perakaunan Kolej Profesional MARA Bandar Penawar telah menganjurkan program minggu perakaunan yang merupakan program tahunan Jabatan Perakauan yang bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar jurusan perakaunan khususnya, dan pelajar lain amnya untuk:
  1. Meningkatkan pengetahuan dalam bidang perakaunan.
  2. Mengeratkan silaturrahim antara pelajar baru dan pelajar senior serta pensyarah-pensyarah perakaunan.
  3. Meningkatkan motivasi pelajar untuk menjadi seorang akauntan yang berjaya kelak melalui taklimat LCCI (London Chamber of Commerce and Industry) dan Ceramah Motivasi bertajuk “Mahasiswa Cemerlang Pencetus Tranformasi”
  4. Mendedahkan kepada pelajar tentang kepentingan aspek kerohanian dalam mencapai kecemerlangan akademik
Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah:

  • Pameran maklumat perakaunan
  • Ceramah Motivasi oleh Profesor Dr. Hj Muhd. Kamil Ibrahim (Penulis Buku Travelog Haji)
  • Taklimat dari pihak CIMA 
  • Cabaran Catur Bistari
  • Kuiz Perakaunan
Diharap program ini dapat melahirkan graduan yang seimbang dari aspek rohani dan jasmani serta sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan dan cabaran sepanjang tempoh pembelajarannya di KPM Bandar Penawar.

Gambar sekitar program

Galeri gambar boleh dilihat di Fanpage Jabatan Perakaunan KPM Bandar Penawar!

Wednesday, February 23, 2011

Diploma Perakaunan

Pengenalan Kursus 

Diploma In Accountancy (DIA) merupakan program diploma yang pertama yang diperkenalkan oleh KPM sejak tahun 1998. Program DIA bertujuan melahirkan para pelajar yang berkemahiran dalam bidang perakaunan dan kewangan. Program ini juga dapat membantu melahirkan tenaga profesional di kalangan pelajar Bumiputera dalam memperlengkapkan diri untuk sama-sama bersaing dalam membantu negara mencapai wawasan 2020.

Prospek Kerja

Lepasan program ini boleh menjawat jawatan-jawatan sama ada di sektor awam mahupun swasta seperti :
  • Pembantu Akautan
  • Pembantu Juru Audit
  • Pembantu Percukaian
Subjek Teras

  • Perakaunan 1 hingga 5
  • Matematik dan Statistik
  • Pengenalan kepada perniagaan
  • Prinsip Pengurusan
  • Ekonomi Mikro dan Makro
  • Keusahawanan
  • Audit
  • Percukaian
  • Pengurusan Kewangan
  • Sistem Maklumat Perakaunan
  • Undang-undang Komersial & Syarikat
  • Teori dan Amalan Perakaunan
  • Pengurusan Perakaunan
  • Perakaunan Kos

Akreditasi/ Pengiktirafan 

Tempoh Pengajian : 3 tahun
Bahasa Penghantar : Bahasa Inggeris (kecuali Pendidikan Islam dan kursus wajib MQA)

Kemudahan

Elaun Pelatih : Elaun pelatih akan dipertimbangkan bagi mereka yang layak dengan kadar bulanan seperti berikut:
  • Program Persedian (PIP) : RM200
  • Program Diploma            : RM265
Kemudahan asrama disediakan

Yuran Pengajian

Yuran Pengajian dibiyai sepenuhya oleh MARA. Bayaran minima bagi urusan pendaftaran dan yang berkaitan dikenakan kepada setiap pelajar.

Syarat kemasukan
  • Bumiputera
  • Warganegara Malaysia
  • SPM/ SPMV/ setaraf dengannya dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam subjek
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Mana-mana 1 subjek lain
    • Dan Lulus Matematik
Atau
  • Lulus sebahagian dalam 2 subjek di peringkat STPM/setaraf dengannya serta kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPMV
Atau
  • Lulus Program Intensif Persedian(PIP) dengan mendapat gred lulus bagi semua subjek.